Alessi & Trollip (1991) mempercayai beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam merekabentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan (perception and attention), ingatan (memory), kefahaman (comprehension) pembelajaran secara aktif (active learning), motivasi. Lokus kawalan (locus of control), pemindahan pembelajaran (transfer of learning) dan perbezaan individu (individual differences).
Pengamatan dan Penanggapan
Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1994:214-215)
Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya terdapat terlalu banyak rangsangan di sekeliling. Untuk membuna bahan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang berkesan, rangsangan dalam bahan tersebut perlu dikurangkan agar tidak memjejaskan pengamatan pelajar terhadap subjek yang difokuskan. Persembahan multimedia mempunyai kelebihan dalam membantu pelajar membuat tanggapan yang tepat berdasarkan pada keupayaan mengadunkan teks, audio, grafik, video dan animasi secara interaktif.
Ingatan
Daya ingatan manusia terhad memyebabkan proses mengingat kembali menjadi sukar. Tidak semua rangsangan yang diterima akan kekal dalam ingatan. Oleh itu teknik pengajaran terancang yang efektif sangat perlu untuk membantu mengukuhkan ingatan. Dua prinsip utama yang membantu mengekalkan ingatan terhadap sesuatu perkara ialah melalui prinsip prinsip penyusunan dan pengulangan.
Umumnya struktur penyusunan mempunyai impak yang kkuat dalam membantu ingatan. Cara maklumat disusun membantu pelajar mengingat dengan lebih mudah. Selain dari itu, kaedah pengulangan membantu pelajar mengingati sesuatu fakta. Teknik pengulangan sering digunakan apabila timbunan maklumat tidak mempunyai struktur penyusunan yang sesuai. Pengulangan juga digunakan dalam kemahiran psikomotor. Ketepatan dan kepadatan maklumat membantu mengurangkan jumlah ’bingkai’ yang digunakan. Secara tidak langsung ini kan membantu pelajar mengurangkan tugasnya untuk menyisih fakta yang kurang penting untuk dimasukkan dalam stor ingatan. Keberkesanan penggunaan teknik pengulangan terletak atas kebijaksanaan pembina perisian mempelbagaikan cara-cara pengulangan sesuatu fakta tersebut.
Kefahaman
Setiap yang diterima mestilah ditafsirkan dan menjadi tambahan kepada pengalaman yang sedia ada.Selain dari itu pelajar perlulah mengklasifikasi, mengguna dan menilai maklumat yang diterima. Prinsip pembentukan konsep sangat banyak digunakan dalam rekabentuk ppbk. Prinsip-prinsip ini termasuklah penggunaan pengalaman lalu bagi memulakan pelajaran baru, mendefinisikan konsep melalui contoh-contoh dan menyusun semula maklumat.
Pembelajaran Secara Aktif (Active Learning)
Alessi dan Trollip (1991) menyatakan “we not only learn by observing but bydoing”. Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat menentukan tahap pembelajaran mereka. L ebih banyak pelajar melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran, lebih berkesan sesuatu pengajaran tersebut. Perisian kursus Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer mempunyai potensi dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara aktif. Ia berupaya untuk bertindak terhadap tindakabalas yang diberikan oleh pelajar.
Motivasi
Motivasi sangat penting dalam pembelajaran. Beberapa teori motivasi dapat dipadankan dengan bahan kursus Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer . Kaedah kaedah tertentu seperti simulasi dan permainan dapat digunakan dalam pembelajaran berbantukan komputer. Kaedah tersebut dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar terhadap sesuatu pelajaran.
Malone (1981) menyatakan bahawa 4 elemen yang boleh mmberi moticasi adalah cabaran (challange), perasaan ingin tahu (curiosity), kawalan (control) dan fantasi. Keller (1998) mencadangkan 4 faktor yang menyumbang ke arah meningkatkan motivasi iaitu mengekalkan tumpuan (maintainance of attention), kesesuaian bahan, keyakinan pelajar dan kepuasan pelajar. Oleh itu, faktor-faktor ini perlulah diberi perihatian supaya pelajar merasa yakin dengan bahan dan aktiviti yang dijalankan dan mereka sentiasa bermotivasi untuk terus belajar.
Lokus Kawalan
Lokus kawalan adalah elemen penting dalam sesuatu rekabentuk bahan ppbk. Kawalan ditentukan oleh 2 elemen iaitu pelajar dan pelajaran (lesson) itu sendiri. Perisian kursus menentukan pemberatan kawalan yang patut diberikan kepada mana-mana 2 elemen tersebut. Sekiranya pelajar hendak diberikan lokus kawalan yang lebih, perisian perlulah memberikan ruang kepada pelajar untuk memilih dengan bebas bahagian mana yang disukainya dan tidak terkongkong dalam susunan pelajaran tersebut. Sebagai contoh, jika sesuatu perisian kursus jenis Ujian mempunyai 10 set soalan, pelajar diberi kebebasan untuk memilih mana-mana set soalan yang disukainya.
Sebaliknya jika pelajar tidak diberikan ruang untuk memilih dan terpaksa menjawab soalan bermula dari set pertama hingga akhir, maka lokus kawalan telah bertukar. Dalam keadaan ini, pelajaran telah mengawal pembelajaran pelajar tersebut.. Namun biasanya pembolehubah yang mempengaruhi kadar kawalan bagi sesuatu perisian ialah isi kandungan, kaedah pembelajaran dan juga bagaimana isi kandungan disusun mengikut urutan.
Pemindahan Pembelajaran
Proses pembelajarn yang berlaku dalam sesuatu situasi dan digunakan dalamsuatu situasi lain dikenal sebagai peminddahan pembelajaran (Ee Ah meng, 1994). Contohnya, pengetahuan tentang berat dan sukatan dapat digunakan untuk menyukat ramuan resepi memasak (Sharifah Alawiyah Alsagof,1987). Pembelajaran menggunakan bahan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer juga mempunyai matlamat agar apa yang dipelajari dan dialami semasa menjalankan aktiviti bersama komputer dapat digunakan dalan kehidupan seharian. Pemindahan pemelajaran dipengaruhi oleh jenis, kadar dan kepelbagaian interaksi, realisma dan kaedah yang digunakan (Alessi dan Trollip, 1991).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan