/*// added for forum // added from forum ended.*/

Model SDLC

Model Pembangunan Perisian Kursus Multimedia

Proses pembangunan sebuah perisian multimedia terutama yang berkonsepkan pendidikan dan latihan merupakan suatu proses yang melibatkan masa yang panjang, kos yang tinggi dan sentiasa perlu dikaji kesesuaiannya kerana ia melibatkan suatu proses penyaluran maklumat. Antara faktor yang amat ditekankan ialah apakah panduan yang perlu digunakan atau diikuti bagi memastikan segala proses rekabentuk dan pembangunan berjalan lancar dan menepati apa yang dikehendaki.

Dalam merekabentuk dan membangunkan sesebuah perisian multimedia bercorak latihan atau pendidikan , panduan-panduan ini amat dipertekankan memandangkan hasil akhir yang akan diperolehi ialah sesuatu bercorak pendidikan yang sepatutnya dapat membantu meningkatkan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu proses pembelajaran.Bagi tujuan ini pelbagai teori dan model rekabentuk pengajaran atau pembelajaran dicadangkan oleh ahli psikologi selain daripada ahli teknologi bagi dijadikan landasan atau panduan dalam sesuatu proses pembangunan perisian multimedia.

Model rekabentuk instruksi bersistem dan pembangunan perisian multimedia menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat menbantu seseorang pengatucara atau pembangunan dalam melaksanakan tugas dalam mereka bentuk dan membangunkan perisian multimedia secara lebih sistematik.

Terdapat lebih kurang 60 model reka bentuk pengajaran yang digunakan seperti Model ASSURE, Model Waterfall,Model SDLC, Model RAD,Model Dick & Carey, Model Robert Glasea, Model Jerold Kemp dan lain-lain.Proses pembangunan sesebuah perisian multimedia boleh menggunakan hanya satu model sahaja atau boleh juga menggabungkan elemen-elemen dari pelbagai model sebagai garis panduan . Berikut dibincangkan secara ringkas beberapa model utama.

Model SDLC

SDLC bermaksud Kitar Hayat Pembangunan Sistem ( System Development Life Cycle ). Ia boleh dibahagikan kepada enam fasa utama iaitu:

v Analisis sistem semasa

v Spesifikasi keperluan sistem

v Rekabentuk sistem

v Pembangunan sistem

v Perlaksanaan sistem

v Penilaian dan penyelenggaraan sistem

Kitar Hayat Pembangunan sistem dapat dihuraikankan dalam beberapa sudut. Rajah di bawah menunjukkan kitar pembangunan secara keseluruhan dan perkaitan di antara enam fasa utama tersebut. Pada hakikatnya, proses pembangunan sistem ini bersifat dinamik dan perubahan sering berlaku pada setiap fasa untuk mendapatkan maklum balas yang lengkap terutama daripada pengguna.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan