Kerjasama dan gabungan pelbagai kemahiran dari pelbagai pihak amat penting untuk pembangunan sesebuah projek multimedia. Komitmen kerja secara berkumpulan diperlukan bagi memastikan kejayaan sesbuah projek yang akan dijalankan.
Kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi sesebuah projek pembangunan aplikasi multimedia biasanya meliputi pelbagai aspek daripada bahagian pengurusan seperti pengurus projek dan pengarah seni sehinggalah kepada peringkat teknikal seperti pengaturcara, pakar teknologi audio, video, grafik, animasi dan sebagainya.
Berikut dibincangkan beberapa kemahiran yang diperlukan bagi sesebuah projek pembangunan aplikasi multimedia secara ringkas.
Penerbit/Pengurus Projek
Penerbit atau Pengurus Projek menjalankan peranan dalam bidang pengurusan dan organisasi. Mereka mempunyai dua peranan dan tanggungjawab yang utama iaitu menyusun system penjadualan sesuatu projek dan memastikan proses pengeluaran menepati perancangan yang telah ditetapkan. Antara lain tugas dan peranan Pengurus Projek termasuklah:
a) Mengembangkan perniagaan yang baru
Pengurus projek turut mengenalpasti pelanggan yang berpotensi sebaik sahaja kertas cadangan dikemukakan.
b) Mengembangkan konsep baru
Pengurus projek harus kreatif untuk mengembangkan konsep yang asli untuk sesuatu program dan aplikasi yang baru.
c) Penyediaan belanjawan
Pengurus Projek bertanggungjawab menyediakan belanjawan bagi sesebuah projek. Belanjawan ini merupakan sesuatu senarai tugas dan keperluan beserta dengan kos yang akan terlibat.
d) Penjadualan
Penjadualan merujuk kepada tugasan dan masa untuk menyelesaikan tugasan itu.
e) Penerbit atau Pengurus Projek perlu mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran untuk meneruskan projek tersebut mengikut bidang kepakaran masing-masing.
f) Pngurusan sumber
Ini akan melibatkan pencarian sumber yang sesuai dan untuk mendapatkan kelengkapan yang diperlukan..
g) Menguruskan proses pengeluaran
Pengurus projek akan memastikan semua projek mengikut perancangan dan dapat menghasilkan kualiti yang baik. Selain itu dapat menangani konflik antara ahli projek ataupun kerugian dengan berkesan.Apa yang penting adalah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan termasuk belanjawan yang realistic, penjadualan dan mengurus ahli-ahli projek.
Disamping itu, Pengurus Projek mestilah mempunyai pengetahuan mengenai prinsip asas dalam penulisan multimedia, berpendidikan akademik, undang-undang atau akta multimedia dan dapat berkomunikasi dengan baik.
Pengarah Kreatif
Pengarah Kreatif bertangungjawab terhadap keseluruhan kualiti dan juga kesalahan media atau sumber yang digunakan bagi tujuan pembangunan. Pengarah Kreatif juga perlu membabitkan diri dalam semua perkara atau aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Bagi mendapatkan idea-idea yang bernas kemahiran komunikasi juga penting. Sentiasa mengetahui perkembangan terbaru , gaya yang terkini dalam bidang lain juga. Mreka juga harus faham dengan perkembangan teknologi yang ada serta halangan – halangan yang menghalang penggunaan teknologi terbabit.
Pengarah Seni
Pengarah Seni bertanggungjawab dalam kerja seni seperti rekabentuk grafik, karya visual dan media seperti audio , video dan animasi disamping memastikan bahawa karya seni yang digunakan bersesuaian dan kosisten dengan kualiti. Pengarah Seni juga sebagai penasihat bersama-sama ahli projek yang lain terutama mengenai penjadualan dan penyelesaian isu-isu. Selain itu mereka perlu membiasakan dengan teknologi baru seperti teknologi komputer dan televisyen. Mereka juga mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk berkerjasama dengan rakan kerja dan orang lain seperti pelanggan.
Pengarah Teknikal
Pengarah Teknikal berperanan memberi nasihat berkenaan semua perkara yang barkaitan dengan aspek teknikal kepada ahli-ahli projek. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti pengaturcara dan juga ahli teknikal lain bagi menyiapkan projek yang dirancang. Pengarah Teknikal akan terlibat bermula dari seawal pembikinan projek hinggalah ke tahap pengujian. Seorang Pengarah Teknikal perlu mahir dalam penggunaan alatan. Kemahiran mengurus ahli kumpulan yang menjayakan pembangunan aplikasi tersebut. Mereka perlu berkemahiran memberi motivasi kepada kakitangan dan memberi galakan untuk terus bekerja secara efektif.
Pengarah Ujian
Pengurus ujian akan memastikan produk yang dihasilkan dapat digunakan dengan baik dan memastikan siapa yang bertanggungjawab jika ianya gagal berfungsi sepertimana yang dirancangkan. Pengurus Ujian juga bertanggungjawab di dalam proses pembikinan untuk menguji perancangan yang menggariskan ujian belanjawan penjadualan, pengurusan kewangan dan sebagainya. Secara keseluruhannya perlu melalui dua peringkat ujian iaitu ujian alfa dan beta. Ujian alfa melibatkan ujian kebolehfungsian sesuatu produk. Ujian beta menguji aspek sifat dan isi kandungan program. Pengarah Ujian akan menyediakan laporan untuk tindakan selanjutnya sebelum dipasarkan sesuatu produk.
Pakar Isi Kandungan
Pakar Isi Kandungan mahir dalam keaslian serta ketepatan dalam perlaksanaan projek terbabit. Mereka mungkin terdiri daripada guru, penyelidik, ahli sejarah dan lain-lain yang berkemahiran. Pakar Isi Kandungan terlibat secara langsung dalam penulisan skrip kandungan, membekalkan gambar-gambar, audio ataupun rangkaian video. Pakar isi kandungan mestah berpengalaman luas dalam bidang penulisan, penyelidikan, serta beberapa kemahiran merumus maklumat yang berkualiti. Selain itu, kebolehan bercerita atau mengajar juga penting untuk projek terbabit.
Perekabentuk Instruksi
Perekabentuk instruksi bertanggungjawab sepenuhnya dalam memilih dan merekabentuk strategi, pemilihan teori, model dan menentukan pendekatan pengajaran yang sesuai. Mereka biasanya mempunyai keupayaan atau kemahiran untuk menyelami kehendak pengguna. Pereka bentuk instruksi bertanggungjawab merekabentuk pendekatan perisian, mereka juga memberi tumpuan utama dalam menambahkan lagi beberapa strategi bagi mengatasi beberapa masalah sama ada dalam pemikiran dan kemahiran. Selain daripada itu perekabentuk instruksi juga mempunyai kemahiran dalam mengubahsuai maklumat agar selaras dengan kehendak pengguna yang memerlukan.
Penulis Skrip
Sebagaimana dalam penghasilan filem skrip yang baik menentukan perjalanan cerita yang berkesan dan seterusnya kualiti filem yang tinggi.Penghasilan bahan multimedia dalam pendidikan khususnya juga memerlukan skrip sebelum ianya boleh dibangunkan dan ini semua terletak di bawah tanggungjawab sekumpulan ataupun seorang penulis skrip.Biasanya, penulis skrip akan bekerja seiringan dengan pakar isi kandungan dan juga pereka bentuk instruksi.
Peranan seorang penulis adalah untuk menghasilkan skrip atau pun menyunting skrip yang sedia ada .Mereka akan menulis skrip berpandukan program yang telah dirancangkan ataupun mereka hanya akan diberi bahan-bahan asas program dan menyusunnya semula menjadikannya agar lebih mudah untuk difahami.
Penulis skrip mestilah mempunyai pengetahuan yang luas ,berpengalaman atau mempunyai latar belakang meliputi berbagai bidang terutama bidang penulisan agar susunan perisian menjadi lengkap,tersusun serta memenuhi kehendak pengguna.Skrip yang baik setrusnya akan menghasilkan satu papan cerita atau “storyboard” yang lengkap dalam bentuk visual sebelum boleh mula diterjemahkan dalam bentuk yang diinginkan.
Penulis skrip biasanya terlibat dari awal perancangan projek sehinggalah proses pembikinannya dan kadangkala melewati jangkamasa tersebut.Skrip yang dihasilkan adalah penting dan merupakan kunci kejayaan kebanyakan program kerana papan cerita yang dihasilkan akan digunakan oleh kebanyakan individu yang terlibat di dalam projek berkenaan
Seorang penulis skrip juga perlu mahir menulis dalam bentuk cerita menyusun atur rangka cerita dan aksi yang membolehkan masyarakat memahami apa yang cuba disampaikan. Mereka juga harus mampu menghasilkan skrip yang sangat menarik perhatian, konsistan dangan jalan cerita dan dapat memberikan struktur projek dengan baik.
Kumpulan Teknikal
Kumpulan teknikal merupakan kumpulan yang akan menjdikan rekabentuk di atas kertas kepada suatu persemabahan elektronik yang lebih nyata .Mereka biasanya terdiri daripada golongan muda yang aktif, cergas dan menguasai pelbagai kemahiran dari sudut teknologi perisian, perkakasan dan sebagainya.
þEditor
Antara tugas utama seorang editor ialah bertanggungjawab untuk mernyemak perisian yang terhasil bagi menentukan ketepatan dari sudut isi kandungan, ejaan dan nahu bahasa dan sebagainya. Untuk ini, tugas utamanya adalah dalm hal-hal yang bersangkutan dengan penyusunan teks atau pengaturan huruf. Dengan yang demikian, hasilnya nanti ialah perisian yang menepati aliran bahasa yang logik, mudah difahami serta menepati aras pengetahuan pengguna sasaran.
Untuk menjadi seorang editor dalam penerbitan perisian multimedia ,seseorang itu harus mempunyai latarbelakang dalam pendidikan komunikasi atau kesusasteraan yang baik dan juga cemerlang dalam penulisan serta mahir dalam menstrukturkan idea dalam pembinaan perisian.
þ Artis Komputer Grafik/Pereka Visual
Rekabentuk visual adalah meliputi pelbagai bidang yang melibatkan visual termasuklah grafik ,ilustrasi,fotografi dan juga kepakaran dalam pemprosesan imej.Pereka grafik atau artis grafik berkomputer mungkin berpengalaman dalam kesemua bidang tersebut walaupun kebiasaanya mereka hanya perlu pakar dalam sesuatu bidang sahaja.
Pereka grafik adalah bertanggungjawab pada keseluruhan keseimbangan bagi elemen visual yang diperlukan di dalam sesebuah aplikasi multimedia meliputi rekabentuk skrin dan penggunaan warna yang sesuai.Mereka juga akan mereka bentuk karya seni sama ada menggunakan teknik tradisional ataupun menggunakan perisian-perisian grafik berkomputer.Kebanyakkan pereka adalah berkemampuan dalam menghasilkan karya mereka dalam perbagai cara dan ini memerlukan kefahaman yang mendalam mengenai proses yang terlibat.
Selain daripada artis grafik, jurufoto juga diperlukan secara meluas terutama dalam penghasilan projek multimedia yang memerlukan elemen gambar sebenar (gambar foto). Jurufoto harus memahami pelbagai isu yang berkaitan dalam penyusunan gambar.Mereka juga dikehendaki sentiasa bekerja dengan pengarah seni untuk mengenal pasti teknik fotografi yang diperlukan.
Ilustrasi adalah subjek yang diketengahkan alam bentuk gambar yang lebih berseni dan ia menggunakan pelbagai teknik atau kaedah untuk menghasikannya.Pelukis ilustrasi akan membuat lukisan-lukisan,diagram-diagram, carta-carta dan sebagainya. Ilustrasi sebegini biasanya akan digunakan apabila terdapat banyak gambar-gambar yang diperlukan tetapi sumber sebenarnya sukar dioerolehi dan juga seandainya informasi yang berkaitan tidak mencukupi.
þ Pakar Audio
Pakar audio atau bunyi merupakan seorang atau kumpulan individu yang memainkan peranan sebagai penerbit audio,jurutera audio,penyunting audio dan juag penyelidik audio.
Pakar audio bertanggungjawab dalam merekacipta dan menghasilkan muzik yang menarik, kesan bunyi, suara (vokal) dan juga suara latar yang yang diperlukan . Mereka sealalunya bertanggungjawab menggunakan khidmat profesional yang lain seperti pencipta lagu, ahli muzik, penyanyi ataupun penyunting lagu.
Jurutera audio pula adalah bertanggungjawab untuk menjalankan (operasi) segala peralatan yang melibatkan audio.Tugas ini bukan hanya melibatkan rakaman suara, muzik dan lain-lain kesan bunyi tetapi juga terlibat di dalam penyusunan alatan muzik, memeriksa mutu bunyi dan juga proses pencampuran bunyi (mixing) jurutera audio ini haruslah mempunyai kebolehan teknikal yang tinggi, berpengalaman di dalam mengendalikan peralatan rakaman suara dan berpengetahuan di dalam teknik-teknik rakaman.
Penyunting audio pula terlibat di dalam penghasilan audio untuk program yang terbabit. Ini adalah termasuk menyunting klip audio dalam masa dan tempo yang betul, ton, suara serta perpindahan klip audio kepada format lain sekiranya diperlukan. Klip audio tersebut akan disunting untuk memindahkan gangguan bunyi dan suara yang tidak diingini. Mereka akan mengulangi kerja-kerja penyuntingan ini sebelum dikeluarkan dalam bentuk atau format yang diperlukan, ataupun mereka akan mencipta kesan bunyi yang menggunakan peralatan digital audio yang terkini ataupun lain-lain peralatan yang bersesuaian. Penyunting juga perlu mahir dalam mengendalikan peralatan digital serta kelengkapan lain yang berkaitan. Mereka juga harus berpengetahuan dalam menyunting bunyi secara tradisional sekiranya diperlukan.
Penyelidik audio pula berperanan membuat penyelidikan mengenai kesan bunyi dan muzik yang bersesuaian untuk digunakan didalam sesebuah aplikasi yang akan dibangunkan. Selalunya mereka ini juga akan membantu di dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan lesen dan hakcipta.
þ Pakar Video
Pakar video akan memastikan video kamearanya dapat menghasilkan gambar-gambar video yang berkualiti tinggi. Mereka selalunya akan bekerjasama denga jurutera audio dan kadangkala bekerjasama dengan juruteknik cahaya biar pun kebanyakan pakar atau pereka video ini berkemahiran didalam bidang pencahayaan. Apabila penggambaran yang akan digunakan untuk program multimedia, jurufoto ini harus faham akan sekatan atau halangan-halangan yang terdapat di dalam media yang digunakan ataupun di dalam teknologi yang terdapat pada masakini.
Pereka video biasanya memerlukan kemahiran pembuatan filem dan juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Sesiapa juga yang bekerja di dalam arena multimedia haruslah memahami teknologi video digital dan sentiasa berwaspada dengan perkembangan dan teknik-teknik yang terkini. Disebabkan produk-produk multimedia melibatkan perpindahan format video kepada format digital, maka adalah penting untuk pakar video ini tahu bagaimana melakukannya. Disebabkan penggunaan kamera digital semakin meluas penggunaannya, seseorang pakar video juga perlulah berkemahiran dalam mengendalikannya.
Pakar video yang baik juga akan dapat mengjangkakan masalah-masalah yang bakal terjadi dan akan mencari penyelesaiannya dengan pantas sekiranya ianya terjadi.
þ Pelukis Animasi 2 Dimensi (2D) / Animator 2D
Pelukis animasi bertanggugjawab terhadap rekabentuk dan penghasilan ilustrasi bergerak serta kesannya. Pelukis animasi 2D akan mengambil turutan imej yang tidak bergerak (statik) dan mempamerkannya dalam bentuk pergerakan. Pelukis animasi biasanya pakar sama ada dalam penghasilan animasi 2 dimensi (2D) ataupun 3 demensi (3D) kerana kedua-duanya bidang ini memerlukan kepakaran yang sangat berbeza. Pelukis animasi 2D ini mungkin masih lagi menggunakan peralatan melukis tradisonal seperti pensil dan kertas ataupun dengan bantuan teknologi komputer. Pelukis animasi 3D pula biasanya bekerja sepenuhnya dengan sistem komputer yang canggih.
Kebiasaanya, animasi 2D dimulakan secara tradisinal dengan lakaran pensil. Pelukis animasi akan bekerja secara susunan demi susunan rangka gambar untuk mencipta satu watak ataupun satu objek. Ia kemudiannya akan melalui proses penterjemahan imej ke dalam sistem komputer untuk ditambahkan warna, susunan dan seterusnya pergerakan gambar .Kerja seni yang terkini boleh dicipta terus menerusi komputer dengan menggunakan aplikasi lukisan yang banyak terdapat di dalamnya.
Ternyata sekali pelukis animasi 2D mesti mempunyai kemahiran melukis yang baik dan berpengetahuan luas di dalam teknik penghasilan animasi. Mereka harus tahu peralatan yang digunakan dalam pembinaan animasi. Kefahaman dan pengetahuan perantara di mana animasi akan digunakan, kecekapan dan halangan-halangan yang terdapat adalah perlu juga diketahui. Pelukis animasi juga perlu mempunyai pengetahuan berkomunikasi yang baik, dapat memahami penggunaan papan cerita dan mampu untuk bekerja dalam jangkamasa yang ditetapkan serta belanjawan yang diperuntukan.
þ Pelukis Animasi 3 Dimensi (3D) Animator (3D)
Animasi 3D amat popular dalam industri perfileman dan juga di dalam aplikasi multimedia. Animasi 3D mencipta objek dan adengan 3 dimensi dan hampir keseluruhannya menggunakan kepakaran teknologi komputer.
Animasi 3D ini adalah satu profesion ynag sukar untuk dipelajari tetapi mempunyai pulangan yang lumayan. Pelukis animasi 3D ini bukan saja berpengetahuan dalam perkembangan peralatan 3D yang pelbagai tetapi juga harus sentiasa mampu berada di depan mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa bersedia untuk belajar perkara-perkara baru.
Pelukis animasi 3D juga perlu memahami teknik komunikasi sacara visual. Penciptaan animasi 3D biasanya turut melibatkan emosi dan personaliti. Dengan ini pelukis animasi boleh menggunakan berbagai teknik untuk mencapai perkara tersebut. Kemahiran lain yang diperlukan di dalam animasi 3D ini adalah termasuk pemahaman tentang pelbagai isu teknikal, kemahiran melukis yang baik untuk memahami serta mencipta papan cerita.
þ Pengaturcara
Hampir kesemua projek pembanguan aplikasi multimedia memerlukan kehadiran pengaturcara atau “programmer”. Istilah penulis skrip (scripter) atau pengarang (author) juga sealalu digunakan bagi mewakili pengaturcara. Mereka ini berfungsi dalam mencipta aplikasi yang dapat berinteraksi serta memberikan tindak balas terhadap tindakan pengguna. Pengaturcara berperanan dalam menulis kod aturcara dan juga menjadikan rekabentukyang tercipta di atas kertas (oleh kumpulan perekabentuk) kepada bentuk program atau aplikasi sepertimana diperlukan.
Seseorang pengaturcara perlu menguasai bahasa pengaturcaraan komputer seperti Basic® , Delphi®, Visual Basic® ,C++® , Java® , Perl® dan sebagainya. Kadangkala seseorang pengaturcara juga boleh menggunakan bahasa pengarangan seperti Macromedia Authoware® , Macromedia Director®, Asymetrix Toolbook® dan sebagainya yang menawarkan konsep pengaturcaraan atau pengarangan yang lebih mudah.
Penutup
Proses pembangunan perisian multimedia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan pelbagai kemahiran , kepakaran dan pengalaman. Ianya sukar untuk dihasilkan secara bersendirian dan biasanya memelukan gabungan pemikiran, tenaga dan idea dari pelbagai pihak. Pembentukan kumpulan kerja yang betul dan meliputi pelbagai pihak. Pembentukan kumpulan kerja yang betul dan meliputi pelbagai aspek kemahiran amat diperlukan bagi menjamin kelancaran sesebuah projek pembangunan perisian multimedia. Gabungan tenaga dari sudut pengurusan ,perekabentuk dan teknikal amat diperlukan dan setiap kumpulan ini saling memerlukan antara satu sama lain bagi menjamin kelancaran kerja dan seterusnya penghasilan aplikasi multimedia yang lebih berkualiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan