Apakah Multimedia?
Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media; iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video. Mulitmedia yang berinteraktif ialah aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui peranti input seperti papan kunci dan tetikus. Banyak multimedia yang berinteraktif membolehkan pengguna berinteraksi melalui aplikasi pada kadar sendiri dan memberi maklumbalas pada setiap peringkat.
Perisian, Perkakasan dan Aksesori Multimedia
Perisian, Perkakasan, Aksesori | Fungsi | Atribut/sifat | Contoh | Format Fail |
Editor teks | Menghasil, menformat, menyunting, menyimpan teks | Mukataip, fon, saiz, warna | Microsoft Word, Notepad, Wordpad | .doc, .txt |
Editor grafik | Menghasil,melukis, mengimbas, menyunting imej dan gambar | Kecerahan, saiz, warna, kontrast, resolusi | Paint, Adobe Photoshop, CorelDraw, AutoCad, Freehand, Illustrator | .bmp, .psd, .jpg, .gif, .tif, .wmf, .tga, |
Editor animasi | Menghasilkan animasi | Pergerakan, saiz, warna, bentuk | Gif animator, Autodesk Animator, Macromedia Director, Flash | .gif, .dir, |
Editor audio | Menghasil, menyunting, merekod audio | Kekuatan, kelangsingan | Sound recorder, Media Player, SoundForge, SoundEdit 16, CoolEdit, WaveStudio | .wav, .aif, .mid, .au, .mpg, |
Editor Video | Menangkap, mendigitkan, menyunting video | QuickTime, Adobe Premiere, videoShop, MediaStudio Pro | .mov, .avi, .mpg, | |
Alat Pengarangan (Authoring Tool) | Menyunting, mengorganisasi, mengaturcara pelbagai media | HyperCard, ToolBook, Authorware, Macromedia Director, MediaForge | ||
Kad Penangkap Video | Menghubungkan kamera video dan VCR ke komputer. Menukar video dari bentuk analog ke bentuk digital | Digun bersama Adobe Premier untuk menangkap, menyunting video | .avi, .dvi, .mov, .mpg | |
Pengimbas (scanner) | Mengimbas dan menukar imej ke dalam bentuk digital | .jpg, .gif, .tif, | ||
Kamera digital | Menangkap gambar dan simpan dalam bentuk digital | .jpg, .asf | ||
Kad Suara | Merakam, main balik, mengimpot, mengekspot audio, dan sebagai pendigit audio | |||
Pemaca CD-ROM/DVD | Merakam dan main balik audio dan video |
Proses | Penerangan |
Menganalisis Masalah | - mengenalpasti dan memahami masalah - menjalankan kajian ketersauran |
Mengenalpasti dan merancang penyelesaian | - mengkaji sistem yang ada pada masa sekarang - menentukan keperluan pengguna - mencadangkan penyelesaiaan |
Membangunkan papan cerita dan skrip | - Satu papan cerita disusun atur mengikut urutan, skrin demi skrin - Setiap skrin lakaran mengandungi skrip, imej, bar navigasi, audio, video dan lain-lain spesifikasi |
Pengkodan | - Proses sebenar untuk menghasilkan/mengumpulkan bahan-bahan multimedia - Mencantumkan semua media dengan menggunakan perisian pengarangan |
Ujian dan Nyahpijatan | - menguji program yang telah siap - membetulkan kesilapan dan memperbaiki program |
Dokumentasi | - menghasilkan dokumentasi yang sesuai dan lengkap termasuk panduan pengguna |
Penggunaan Multimedia Dalam Masyarakat
Aplikasi multimedia diguna dengan meluas dalam pelbagai bidang:
perniagaan
pendidikan dan latihan
Perbankan
penyebaran maklumat
hiburan
Persembahan melalui aplikasi multimedia adalah lebih menarik dan berkesan. Kegunaan multimedia dalam bidang perniagaan termasuk membuat persembahan, latihan kakitangan, pemasaran, mengiklankan hasil dan produk. Aplikasi multimedia juga menjadikan jual-beli melalui Internet lebih mudah.
Kegunaan bahan multimedia dalam pendidikan dan latihan membolehkan latihan dan pembelajaran dijalankan secar interaktif, mengikut kadar dan minat pelajar. Pelbagai aplikasi simulasi membolehkan latihan dan penyelidikan yang bahaya dapat dijalankan dengan selamat tanpa melibatkan kos yang sangat tinggi.
Dalam perbankan, aplikasi multimedia membolehkan transaksi dijalankan dengan cepat, dan mudah melalui mesin ATM atau secara talian melalui Internet.
Kiosks maklumat kini ditempatkan di tempat awam seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang, hotel untuk membolehkan orang ramai mencapai maklumat tentang perkhidmatan, produk, lokasi stempat, peta dan maklumat lain.
Dalam perbankan, aplikasi multimedia membolehkan transaksi dijalankan dengan cepat, dan mudah melalui mesin ATM atau secara talian melalui Internet.
Kiosks maklumat kini ditempatkan di tempat awam seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang, hotel untuk membolehkan orang ramai mencapai maklumat tentang perkhidmatan, produk, lokasi stempat, peta dan maklumat lain.
Permainan komputer yang berciri multimedia dan interaktif menjadikan suatu permainan realistik dan menarik. Pengunaan multimedia dalam persekitaran “Virtual Reality” membolehkan seseorang mengalami suatu persekitaran secara maya. Dia dapat “memasuki” persekitaran tersebut untuk “melihat” dan mengalami sendiri persekitaran yang dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan