/*// added for forum // added from forum ended.*/

TEKS


DEFINISI TEKS.

Teks dan simbol telah digunakan sejak 6000 tahun dahulu di Mediterranean Fertile Crescent, iaitu di Mesopotamia, Mesir, sumeria, dan Babylon apabila terdapat sumber yang ditulis di atas Lumpur dan dijemur di bawah cahaya matahari untuk dikeringkan. Pada ketika itu Cuma golongan pemerintah dan paderi dibenarkan membaca dan menulis symbol fiktografik dan pepaku.

Hari ini teks dan kebolehan untuk membaca menjadi asset penting dalam menimba ilmu dan mencapai kejayaan. Membaca dan menulis adalah suatu yang dijangkakan dan merupakan suatu kemahiran yang diperlukan.

Teks boleh didifinisikan sebagai kombinasi huruf yang membentuk satu ayat atau perkataan yang menerangkan atau mem,bincangkan sesuatu topic yang dikenali sebagai imformasi berteks.

Teks merupakan elemen asas dalam semua aplikasi multimedia. Tanpa teks, imformasi yang ingin disampaikan mungkin hilang atau sesat sewaktu menginterpretasi elemen-elemen media yang lain sperti grafik, bunyi dan audio. Memandangkan terdapat berbagai norma budaya dalam measyarakat dunia, teks merupakan perantara yang sesuai dan selamat untuk menyampaikan mesej supaya tidak timbul salah faham dalam komunikasi.

Sewaktu menghasilkan aplikasi atau persembahan multimedia, teks selalunya ditaip dalam peralatan teks (text tool) yang terdapat dalam pakej pengarangan. Namun begitu di dalam pakej-pakej lain seperti Macromedia Director atau Authoware, ianya dapat mengimport dokumen teks secara langsung dan mengedit terus dalam aplikasi berkenaan. Terdapat banyak format untuk bergantung kepada dokumen pemprosesan kata yang digunakan.

TEKS SEBAGAI ELEMEN MULTIMEDIA.

Teks juga memainkan peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi tujuan berkomunikasi, menyampaikan idea dan fakta dalam apa jua tujuan. Dalam penghasilan produk multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada pengguna untuk melayari aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada aplikasi yang telah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan dalam sistem multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan dikemaskini, bagaimana ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk pembangunan.

Teks adalah elemen yang penting dalam multimedia kerana ia memberikan banyak maklumat. Namun begitu ianya tidak boleh diguna secara bersendirian tanpa kombinasi elemen multimedia yang lain. Ia perlu bergabung dengan elemen yang lain supaya penghasilan media yang lebih baik dan bernilai tinggi. Teks dalam sesuatu persembahan boleh dijadikan imej visual. Faktor-faktor yang menjadikan sesuatu teks kelihatan menarik terbahagi kepada dua:

1)Penggunaan jenis dan saiz fon yang sesuai

2)Bagaimana sesuatu teks itu dipaparkan di atas skrin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan