/*// added for forum // added from forum ended.*/

Diploma Multimedia Kreatif

Dalam Jangka Masa Tiga Tahun, Pelajar Akan Diterapkan Dengan Pelbagai Pengetahuan, Pemahaman Dan Teknik Tentang Pengaturcaraan Komputer Terutamanya Dalam Penggunaan Actionscript Macromedia Flash, Java , Melukis Dan Membina Animasi 2D Atau 3D, Cara Pengambilan Gambar Dalam Seni Fotografi Dan Penerapan Teks & Imej Dalam Rekabentuk Yang Dibina. Diploma Multimedia Kreatif Ini Dibentuk Khusus Bagi Para Pelajar Yang Berminat Terhadap Teknologi Maklumat Dan Rekaan Grafik. Program Ini Juga Membentuk Kreativiti Dan Perkembangan Idea Dalam Menghasilkan Sesuatu Hasil Kerja Atau Artwork, Multimedia Kreatif Ini Juga Memberikan Para Pelajar Pendedahan Kepada Dunia Teknologl Terkini (ICT) Dan Perisian Terbaru Sejajar Dengan Kehendak Pasaran Kini Yang Terlalu Pesat Membangun Dengan Teknologi ICT.


Penerangan Subjek

Warna & Bentuk

Kefahaman prinsip warna dan penggunaannya di dalam lukisan, perwarnaan rekaan, format 2 dimensi dan 3 dimensi. Teori dan prinsip warna menurut konsep Ostrald Munsells dan Bauhaus (Ittens) dan penggunaannya di dalam seni visual. Topik-topik penting merangkumi fizik warna, bancuhan warna, warna kontra, warna harmoni dan corak berwarna dengan penekanan terhadap teori dan praktikal.Asas Lukisan 1 & 2

Projek untuk membolehkan pelajar mengeksplorasi cara teknikal dan expressive dalam waktu yang berbeza serta pengendalian bahasa visual seperti line, form, space, value, shape, size, texture disediakan. Kelas akan dijalankan di dalam studio lukisan, dan ada kalanya dijalankan di luar studio. Pelajar di dorong untuk memainkan peranan yang aktif di dalam kelas, Serta mengambil bahagian dalam pengkritikan dan perbincangan secara berkumpulan.

Asas Fotografi 1 & 2

Subjek ini memperkenalkan teori dan pengetahuan asas Fotografi. Penggunaan kamera berformal 135 adalah ditegaskan, termasuklah operasi-operasi asas seperti, Aperture (f/stop), Shutter Speed, Depth of Field, ASA/ ISO dan sebagainya. Melalui kerja kursus, kuliah dan amali, pelajar-pelajar digalakkan untuk memupuk sikap yang sensitif terhadap komposisi dan pencahayaan, serta mengeksploitasi daya kreativiti rnereka melalui media fotografik.

Pengenalan Animasi, Animasi 1 & 2

Memperkenalkan peranan serta sumbangan animasi kepada TV produksi. Prinsip animasi, rekacipta komersial iaitu penciptaan lagu dan logo serta perwarnaan yang berlandaskan lakaran 2D. Memperkenalkan kaedah animasi diikuti pengenalan operasi asas dan penggunaan pengecatan warna. Memperkenalkan peranan Lightwave 3D. Konsep perkembangan animasi, pengetahuan asas pembikinan model, penuarnaan 3D, pergerakan imej dan lain-Iain kemahiran. Pengenalan kepada pemikiran secara kreatif dan konsep storyboard. Persembahan idea storyboard, jadual produksi dan perkerjaan secara berpasukan. Mempelajari teknik mendirikan model, cahaya, pergerakan kamera serta penyuntingan.

Pengenalan Kepada Komputer Grafik

Memperkenalkan peranan serta sumbangan animasi kepada TV produksi. Prinsip animasi, reka cipta komersial iaitu penciptaan tajuk dan logo serta pengwarnaan yang berlandaskan lakaran 2D. Memperkenalkan kaedah animasi dan diikuti pengenalan operasi asas & penggunaan pengecatan warna.


Peluang Kerjaya
Antara kerjaya yang boleh diceburi ialah Perekabentuk Multimedia, Webmaster, Perekabentuk Antaramuka, Penerbit Multimedia, Perekabentuk Permainan Komputer, Perekabentuk Props dan Animator.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan